PROSEDUR OPERASI STANDARD UNTUK SEMBURAN NYAHKUMAN CPO & PALM KERNEL
DESPATCH
1. PENGENALAN
COVID-19 adalah spesis baru daripada keluarga Coronavirus yang boleh menyebabkan
jangkitan saluran pernafasan. Antara keluarga Coronavirus lain yang pernah
menjangkiti salur pernafasan yang teruk adalah Severe Acute Respiratory
Syndrome Coronavirus (SARS) pada tahun 2002 dan Middle East Respiratory
Syndrome-Related Coronavirus (MER-CoV) pada tahun 2012. COVID- 19 ini
berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan seterusnya boleh menyebabkan
kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah
kesihatan atau sistem imun yang rendah.
2. SKOP
Prosedur ini terpakai di seluruh operasi Kilang Kelapa Sawit Pitas
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3. PROSEDUR SEMBURAN NYAHKUMAN CPO & PALM KERNEL DESPATCH
- Pemandu lori / tanker wajib mencuci tangan dengan air dan sabun terlebih dahulu sebelum melaporkan diri di pondok kawalan sekuriti. Pastikan pemandu memakai mask dan menjaga jarak yang dibenarkan.
- Pemandu yang mempunyai gejala seperti demam, selesma, batuk dan sakit kepala tidak dibenarkan masuk ke dalam kilang.
- Pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah membuat semburan nyahkuman pada handle pintu kenderaan dan bahagian ruang pemandu.
SEMBURAN RUANG LORI
SEMBURAN STERING LORI
SEMBURAN PEMEGANG PINTU
- Semasa berurusan dengan stesen timbang, pemandu lori / tanker dikehendaki mencuci tangan dengan air dan sabun terlebih dahulu sebelum menerima / mengambil tiket.
- Tiket akan diletakkan dalam satu tempat khas bagi mengelakkan kontak di antara pemandu dan kerani. Pastikan pemandu menjaga jarak yang dibenarkan.
- Pemandu tidak dibenarkan turun dari tanker semasa berada di despatch point.
- Hanya pemandu yang sama dibenarkan masuk ke dalam kilang setiap kali despatch.
- Transporter dikehendaki memberi laporan bergambar nyahkuman / disinfeksi setiap lori / tanker.
- Bagi mencegah penularan virus COVID-19, transporter dikehendaki menetapkan / menghadkan perjalanan lori / tanker bagi memastikan kenderaan yang masuk ke dalam kilang ini tidak pergi ke kawasan yang berisiko jangkitan.
4. JARAK SOSIAL
- Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
- Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul penuh dengan kuman.
- Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.
- Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain.
5. KURANGKAN RISIKO JANGKITAN COVID-19
- Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
- Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
- Pakai penutup hidung dan mulut / mask sekiranya bergejala.
- Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
6. RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-
2019ncov
2019 Novel Coronavirus (COVID-19) Management In Malaysia No.
4/2020
Annex 25 : Management Guidelines for Workplaces
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines
0 Comment to "PROSEDUR OPERASI STANDARD UNTUK SEMBURAN NYAHKUMAN CPO & PALM KERNEL DESPATCH"
Catat Ulasan