Air adalah komponen penting dalam pengurusan kilang
kelapa sawit. Banyak pengguna perindustrian menggunakan air, termasuk loji
kuasa yang menggunakan air untuk penyejukan atau sumber tenaga, pemurnian bahan
perlombongan dan petroleum yang menggunakan air untuk proses kimia, dan
industri pembuatan yang menggunakan air sebagai pelarut. Sebahagian penggunaan
air untuk industri berbeza dari negara ke negara, tetapi selalu lebih rendah
daripada penggunaan untuk pertanian. Air diperoleh daripada sungai semulajadi
dan disimpan di kolam dengan menangkap air hujan. Pelan pengurusan air ini
hanya terhad kepada Pitas Palm Oil Mill yang merangkumi rancangan pemprosesan
dan penggunaan domestik dengan kesan penggunaan air ke persekitaran sekitar.
Rancangan ini meliputi pengekstrakan air, penyimpanan, penggunaan dalam kilang,
rawatan kimia dan semulajadi untuk menggunakan air dalam pemprosesan, keperluan
domestik dan pengurusan air sisa, dengan pemantauan, pengurangan (jika
diperlukan), pelaksanaan dan pencegahan atau meminimumkan pencemaran
pelan-pelan ini. Pelan ini ditulis dalam bentuk mudah yang meliputi semua aspek
pengurusan air dalam kilang kelapa sawit dan berharap kakitangan pengurusan akan
memahaminya. Kebanyakan aspek pengurusan air diliputi dalam pelan pengurusan
persekitaran unit operasi individu dalam pelbagai topik
PELAN PENGURUSAN AIR UNTUK PITAS PALM OIL
MILL (PPOM) ABSTRAK
AIR FIZIKAL UNTUK FRESH FRUIT BUNCH (FFB) MENGGUNAKAN DAN PENGGUNAAN DOMESTIK
Secara teorinya, keperluan air untuk pemprosesan adalah
1mt FFB memerlukan 1.0-1.3 mt air. Air dipam dari kolam, Sebuah rumah pam
dengan pam elektrik diletakkan berhampiran tepi kolam . Air dari sungai
mengalir ke dalam kolam tadahan sebelum mengepam ke kilang, kemudian dirawat
dan digunakan untuk keperluan kilang dan domestik bagi pekerja kilang Pitas
Palm Oil Mill.
PENYIMPANAN AIR DAN PENGGUNAAN PEMPROSESAN
FFB DAN TUJUAN
DOMESTIK
Sumber air peroleh dari air hujan dan air sungai, yang
akan d tampung di dalam kolam penyimpanan. Kolam penyimpanan ini dibina dengan
keluasan kolam 80 meter lebar x 90 meter panjang dengan kedalam 8 meter seunit.
Kilang minyak mempunyai 2 tangki overhead untuk menyimpan
air terawat sekiranya kekurangan air di sungai (kemarau) dan kolam air mentah.
Jumlah kapasiti penyimpanan ialah sebanyak 45 mt setiap 1 unit, untuk 2 unit
berjumlah sebnyak 90 mt, cukup bagi penggunaan air untuk memproses kilang
selama 1 jam 30 minit, dengan penggunaan proses 1 jam iaitu 67 mt.
Rawatan Air
Standard air bagi tujuan minimum mengikut piawaian
Malaysia
Rawatan Air Mentah
Penerangan :
i.
Rawatan Air Mentah .
ii.
Suspended solid : Warna/organik
iii.
Besi dan logam
iv.
Jumlah TDS Padatan terlarut
Terdapat 7 langkah asas yang terlibat dalam klasifikasi
air:
Pelarasan
pH (jika pH> 7 atau <7)
·
Tubuh manusia sesuai untuk mengambil air
dengan pH neutral 7.
·
Air mentah datang dengan tahap pH yang
berbeza.
·
Jika pH> 7, gunakan Asid Hydrochloric
untuk meneutralkan kepada 7.
Coagulant
·
Penambahan PAC (Poly Aluminium Chloride)
RP3002 yang diinject melalui paip masuk untuk memisahkan pepejal terampai.
·
Proses pencampuran berlaku dalam saluran
paip.
Flocculant
·
Ia adalah proses pembinaan flocs besar, satu
proses di mana pepejal terampai bergabung menjadi lebih besar supaya ia dapat
bertindak balas dengan cepat.
Polimer PA1300 ditambah untuk melakukan proses ini.
Polimer PA1300 ditambah untuk melakukan proses ini.
Clarifier
·
Kegunaan clarifier membuang kotoran partikel
terapung (turbidity,warna ,iron) dimana
flocculation berlaku dengan penggunaan alum. Suspended matter (benda terapung) berkumpul menjadi flocs,
dan flocs berkumpul menjadi lapisan sludge. Penggunaan
alum yang betul adalah penting supaya flocculation berlaku dan paras lapisan sludge perlu dikawal supaya
air jernih.
Buffertank
·
Buffer tank adalah kolam untuk mengendapkan
lumpur atau padatan yang telah terbentuk
diclarifier tetapi belum sempat mengendap. Air dari clarifier masuk ke kolam
pengendapan dan terus dipump ke sandfilter .
Sandfilter
·
Menggunakan sandfilter untuk menapis flocs
halus yang masih tertinggal dan bendasing yang terlepas dari clarifier dan akan
diperangkap oleh sandfilter, sebelum di transfer ke overhead tank.
Overhead Tank
·
Tempat penyinpanan air yang telah dirawat
untuk disalurkan kepada kilang dan penggunaan
domestik.
·
Loji
Rawatan Air Mentah ( Pitas Palm Oil Mill)
·
Sukatan chemical bagi penggunaan rawatan air
mentah adalah;
Flocculant 400gr / 12 jam
PAC 20kg / 12 jam
Reverse Osmosis
RO ialah Reverse Osmosis atau Osmosis Berbalik adalah suatu
teknologi pemurnian air yang paling moden. Ia menggunakan semi permeable
membran yang sangat efektif untuk mendapatkan kemurnian air serta mampu
membersihkan air hingga 95-99% dari segala pencemar yang terkandung di
dalamnya. Osmosis Berbalik adalah penerapan tekanan pada sisi larutan yang
mempunyai kepekatan/ konsentrasi tinggi. Larutan akan mengalir dari kepekatan
yang lebih tinggi menuju larutan yang lebih rendah kepekatannya hingga mencapai
keseimbangan kepekatan/ konsentrasi. Dengan kata lain, menggunakan
teknologi Reverse Osmosis ini, sebarang jenis air sama ada air kolam, air
sungai, air sumur ataupun air laut boleh disaring dan dapat menghasilkan air
murni 99%.
Kegunaan R.O Pitas Palm Oil Mill
Pitas Palm Oil Mill menggunakan Reverse Osmosis untuk
tujuan pemurnian air bagi kegunaan Boiler dari air yang bersih menjadi lebih
bersih lagi, bagi mengurangkan kadar silica dan total hardness yang ada pada
dalam kandungan air dan sebagainya. Untuk meminimumkan penggunaan
air untuk pembersihan di dalam kilang, iaitu dengan menggunaan semula air
reverse osmosis reject.
Sukatan chemical bagi penggunaan Reverse
Osmosis :
Non oxidizing Block 2.4kg/12Hour
Antiscalant 4kg/12Hour
Pemantauan Penggunaan Air
1. Kilang Minyak telah memasang 2 unit meter aliran
untuk merekod penggunaan air harian dan membandingkannya dengan metrik tan FFB.
Lokasi meter aliran adalah: Overhead tank ( 1-unit untuk kegunaan
pemprosesan kilang, penggunaan domestik dan boiler ) Reverse Osmosis ( 1 unit-
untuk kegunan air untuk boiler )
2. Penggunaan air direkodkan setiap hari dan
dirangkum secara bulanan.
3. Sampel air mentah belum dirawat dan air yang
telah dirawat haruslah di hantar ke makmal bertauliah untuk menganalisa kandungan
air mengikut piawaian WHO ( Dringking Water Quality Standard ) stiap 6 bulan
atau 2 kali setahun.
4. Pengukuran berasingan dicatatkan untuk
penggunaan air pemprosesan FFB, proses dandang dan tujuan domestik.
5. Catuan air dilakukan semasa musim kemarau bagi
mengawal penggunaan air yang berlebihan ke kawasan perumahan kilang, dengan
hanya membenarkan 3 masa yang ditetapkan merujuk kepada jadual :
5.00
AM - 7.00 AM
12.00
PM - 2.00 PM
5.00
PM - 7.00 PM
6. Set penjana digunakan sebagai tenaga untuk
mengepam air. Pelan pengurusan untuk pelan pencegahan pencemaran diberikan
melalui penilaian Impak Alam Sekitar Pitas Palm Oil mill. Kualiti air untuk
pemprosesan dan untuk penggunaan rutin harian manusia
FUTURE PLAN
Membina kolam air tambahan yang kini 2 unit kolam menjadi
3 unit kolam untuk memudahkan operasi kilang jika hujan tidak turun pada musim
kemarau Pihak pengurusan telah menempah 1 unit flowmeter bagi
memudahkan, merekod penggunaan air harian dikawasan perumahan kilang.
Pitas Palm oil Mill juga sedang merancang untuk mencari
sumber air bawah tanah dan mengali telaga,dengan kos sebanyak 93,000 ringgit
malaysia.
RAWATAN AIR SELESAI DAN PENGURUSAN PELUPUSAN
DI PITAS PALM OIL MILL
Terdapat dua sumber air buangan di kilang minyak. Sumber
pertama ialah larian permukaan air dari kawasan kilang minyak terutamanya dari
ramps, boiler ash dan lokasi pengekalan fiber.
Sumber kedua adalah yang utama iaitu effluent FFB yang diproses,disimpan dan dirawat secara semulajadi.
Sumber kedua adalah yang utama iaitu effluent FFB yang diproses,disimpan dan dirawat secara semulajadi.
KESIMPULAN
Pengurusan air di Pitas Palm Oil Mill adalah berpandukan
pelan ini. Sekiranya terdapat apa-apa peningkatan yang dibuat disebabkan oleh
teknologi baru, rancangan pengurusan air perlu ditukar dan dikemaskini dengan
sewajarnya.
saya ingin bertanya, adakah pelan ini telah dilaksanakan?jika sudah, adakah ia berjaya?
BalasPadam