Jumaat, 20 Mac 2020

LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN VIRUS COVID-19 DI PPOM

Dunia pada hari ini dikejutkan dengan kehadiran Virus baharu iaitu Virus Covid-19 yang bermula di Wuhan, China sehingga telah menyebar ke 135 buah negara. Sehingga hari ini, berdasarkan data 19 Mac 2020, jam 4.08 pm, Malaysia mencatatkan 900 orang telah di jangkiti Virus ini. Hal ini amat membimbangkan dan pada 18 Mac 2020 yang lepas sehingga 31 Mac 2020, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, di seluruh negara.

Pada 18 Mac 2020, Pitas Palm Oil Mill mematuhi arahan tersebut dengan menutup operasi sementara kilang. Namun, menyedari kepentingan Industri Sawit kepada rantaian berkaitan penyediaan pembekalan minyak masak, Pihak kementerian telah memberi kelonggaran kepada syarikat dan pekebun kecil untuk melakukan kerja-kerja penuaian Buah Tandan Segar Sawit (FFB) serta membenarkan kilang-kilang sawit memproses Buah Tandan Segar Sawit.

Perkara ini sebenarnya memberi nafas lega kepada PPOM memandangkan dengan ekonomi sekarang yang kurang memberangsangkan dan sekiranya kilang tutup, dengan penghasilan yang kurang, maka syarikat akan mengalami kesukaran untuk memberikan cuti bergaji yang panjang kepada pekerja. Walaubagaimanapun, perkara ini juga menjadi kegusaran kepada semua warga PPOM kerana memandangkan daerah lain sudah mempunyai kes jangkitan Covid-19 dan sebilangan pekerja berasal dari daerah tersebut seperti Kunak, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kota Belud. Iya nya juga lebih memberi kerisauan apabila ada dikalangan mereka baru balik dari kampung halaman sebelum Perintah Kawalan Pergerakan di keluarkan.

Oleh yang demikian, sebagai langkah Pencegahan Virus Covid-19. Pihak pengurusan telah mengeluarkan memo (Rujuk Gambar dibawah) yang wajib dipatuhi oleh semua pekerja.

Sebagai langkah memastikan kebersihan pekerja dan pembekal yang masuk ke dalam kilang, pihak pengurusan telah mengarahkan Team Maintenance untuk membuat dua tempat basuh tangan iaitu di hadapan gate dan di sebelah tingkap Timbangan. Sabun juga disediakan bagi memastikan semua yang ingin masuk bekerja atau berurusan membasuh tangan terlebih dahulu sebelum berhubung mengadakan sebarang urusan.

Pihak pengurusan juga menghadkan keluar-masuk ke dalam pejabat, dimana, hanya staf pengurusan sahaja dibenarkan untuk masuk ke dalam pejabat. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan, Pejabat PPOM tidak akan menerima sebarang pelawat, tetamu, pembekal mahupun apa juga urusan yang berkaitan. 


Pihak Pengurusan juga perlu memastikan mereka bersih dan menyuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer yang disediakan di kaunter hadapan sebelum memulakan kerja atau memegang peralatan yang terdapat didalam pejabat.

Pihak pengurusan PPOM telah memberi AMARAN yang keras kepada pekerja supaya TIDAK KELUAR KAWASAN sepanjang tempoh kawalan pergerakan, jika didapati keluar kawasan, pekerja tersebut akan dihalang daripada memasuki kawasan kilang dan perumahan selama 7 hari dan jika mempunyai simptom, telah kuarantin adalah selama 14 hari. Pihak majikan terpaksa bertegas bagi menjaga kesejahteraan warga PPOM lain. 



BERSAMA-SAMALAH KITA MENCEGAH PENULARAN VIRUS COVID-19








Share this

0 Comment to "LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN VIRUS COVID-19 DI PPOM"

Catat Ulasan