Jumaat, 27 Mac 2020

#StayAtHome #DudukRumah


Semua orang tahu kebanyakkan negara yang diserang dengan Virus Covid-19 telah mengarahkan rakyatnya untuk duduk dirumah dan mengawal pergerakan diluar rumah. Malaysia contoh telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 17 Mac 2020 iaitu bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Walaubagaimanapun, berdasarkan keadaan semasa yang begitu membimbangkan, pada 25 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Pada hari ini, kita mulai melihat rungutan orang ramai yang berasa bosan tinggal dirumah sehingga ada sebilangannya tanpa rasa bersalah ingkar dengan PKP hanya untuk kepentingan diri sendiri. Sedar atau tidak, dalam keadaan kita bosan tinggal di rumah, ada golongan-golongan tertentu yang mengorbankan masa bekerja untuk keselamatan dan kesihatan kita semua. Mereka adalah golongan Kakitangan Hospital (Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat, Farmasi, Makmal, dan kakitangan kesihatan yang lainnya), Pihak Polis, Bomba, Tentera dan tidak dilupakan juga Cleaner Hospital dan Pengawal Keselamatan Hospital yang memastikan keadaan hospital secara fizikalnya selamat dan bersih. Selain itu, beberapa agensi yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan dibenarkan untuk beroperasi. 

Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd adalah termasuk dalam Industri Sawit dan Getah yang diberi kebenaran oleh Kementerian perusahaan Perladangan dan komoditi untuk beroperasi. Kenyataan Media telah dikeluarkan pada 19 Mac 2020 oleh Menteri perusahaan Perladangan dan komoditi serta Persatuan Minyak Sawit Malaysia pada 18 Mac 2020. Oleh itu, kita akan menjadi sebahagian daripada 'pejuang kecil' untuk membantu masyarakat dari segi kelancaran pembekalan sumber makanan di Malaysia. Walaupun sumbangan kita kecil sahaja dibandingkan dengan mereka dari bidang kesihatan, keselamatan dan penguatkuasaan, tetapi kami berbangga menjadi sebahagian kecil daripada pejuang melawan 'musuh tanpa wajah'.

Maka sebagai rakyat malaysia, apa yang perlu kita sumbangkan untuk membantu semua pejuang ini?.

"DUDUKLAH DIRUMAH"

Dalam keadaan mereka berjuang menggadaikan nyawa, tidur yang tidak cukup, tidak dapat memeluk isteri/suami, ibu ayah dan anak-anak, makan dalam keadaan tidak selesa, kita diberi peluang untuk berjuang dengan cara yang mudah, iaitu, duduklah didalam rumah, berkongsi masa dengan keluarga, beribadah, ajar anak mengaji, berkasih sayang dengan pasangan atau  tidur sepanjang hari. Mudah. Cuma yang tak mudahnya adalah, ketua keluarga risau dengan bekalan makanan yang semakin kurang. Anak kecil yang merengek mahukan susu. Ya, kita faham. Terima kasih kepada kerajaan yang berusaha membantu kita. Tapi bersabarlah seketika, sekali lagi, duduklah rumah. Yang tidak perlu ke mana-mana, berusahalah jangan menyusahkan orang lain, duduklah dirumah dan kawal lah nafsu untuk melepak. 


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEJUANG





SUMBANGAN KECIL DARIPADA PIHAK PITAS PALM OIL MILL KEPADA PIHAK POLIS YANG BERTUGAS MENJAGA KEADAAN JALAN SEKITAR PITAS-KOTA MARUDU





#StayAtHome #Frontliner #Terima_Kasih_Pejuang

Share this

0 Comment to "#StayAtHome #DudukRumah"

Catat Ulasan