Selasa, 28 Mei 2019

Isnin, 27 Mei 2019

KARNIVAL STEM 2019 DI SK. PINGGAN-PINGGAN

Pihak Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd amat berbangga dengan jemputan daripada SK. Pinggan-Pinggan Pitas dalam Karnival STEM 2019. Kami adalah salah satu agensi swasta yang di jemput untuk membuat pameran mengenai kilang memprosesan minyak mentah sawit (CPO). Ini adalah untuk memberi pendedahkan kepada generasi muda mengenai industri ini.





Kehadiran Yang dihormati Penolong Pengurus Kilang, En. Norberto dan Penolong Jurutera Biogas, En. Adam, di Apit oleh En. Suhaimi dan Cik Dayang.



Antara produk yang dibawa ke Pameran tersebut.



Mendapat sambutan yang meriah daripada murid-murid..






Murid-murid berlumba-lumba menjawab kuiz yang disediakan oleh wakil PPOM


Hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab kuiz.


Rabu, 22 Mei 2019

VISI DAN MISI SYARIKAT






VISI DAN MISI SYARIKAT
  
Visi utama syarikat Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan, memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam menghasilkan hasil produktiviti seperti Crude Palm Oil (CPO), Palm Kernel (PK) dan Palm Fibre yang lebih terjamin dan berkualiti serta memenuhi Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)). Kami juga komited dalam memastikan Alam Sekitar sentiasa terpelihara

Oleh yang demikian, kami memegang Misi  utama kami bagi memastikan visi kami tercapai, dengan menyediakan para tenaga kerja yang professional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif serta hanya membeli dan menerima Buah Tandan Segar Sawit (FFB) yang berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik bukan sahaja memberi fokus kepada keuntungan kepada syarikat tetapi juga memastikan Alam Sekitar terpelihara dengan sempurna. Syarikat ini sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka dengan penduduk setempat serta barisan Stakeholders (Orang berkepentingan) bagi membincangkan isu-isu alam sekitar, sosial serta keselamatan.

Ahad, 19 Mei 2019

LESEN BERNIAGA

Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd, merupakan syarikat yang mempunyai Lesen Berniaga yang sah bagi menjalankan pernigaan KILANG. Sebagai rujukan, disertakan Lesen Berniaga PPOM yang terbaru.


Jumaat, 17 Mei 2019

PENGENALAN MENGENAI MSPO

Apa Itu MSPO ?.

Persoalan yang sering pihak PPOM dapat daripada Pakcik-Pakcik tua yang menjadi Pembekal Buah Tandan segar (BTS). Mereka cuma Pekebun Kecil yang nilai pendapatan tidaklah begitu besar seperti Estet-estet besar dan gah di luar sana. Oleh kerana kami selaku Pihak Kilang yang perlu memastikan setiap Pembekal BTS yang menghantar BTS kepada kami memiliki Persijilan MSPO, kami akan bertanya, "Pakcik/Makcik/Abang/Kakak, sudahkah kita memohon MSPO?." "Apa status MSPO kita Pakcik?" dan mereka menjawab, "MSPO itu apa?".

Itu dulu...

Kini, ramai yang sudah mulai tahu apa itu MSPO. Kami selaku pihak kilang sering memberi maklumat secara lisan dan santai supaya lebih mudah di fahami oleh mereka. Kadangkala Tuan Pengurus kami, En. Asri Bin Tatoh duduk bersama pekebun kecil bercerita mengenai MSPO. Itu pendekatan yang dirasakan lebih selesa dan tepat buat mereka. Maklum sahaja separuh daripada pekebun kecil adalah orang kampung yang hanya sibuk dengan kehidupan menyara keluarga. Ladang Sawit itulah sumber utama mereka. lagi pula, pendapatan mereka tidak begitu besar, cukup apa yang ada. Berbeza dengan sebilangan pekebun kecil yang lain. Ramai terdiri daripada golongan yang mempunyai kerja tetap dan berpendidikan tinggi. Ladang sawit mereka di jadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Pihak kami ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai MSPO. Menurut Laman http://www.mpob.gov.my, MSPO merupakan pensijilan yang mengesahkan bahawa produk sawit yang dihasilkan adalah melalui kaedah yang mampan iaitu tidak mencemarkan alam sekitar, menggunakan kaedah yang selamat dan pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP). Perkataan MSPO adalah ringkasan daripada Malaysian Sustainable Palm Oil Certificate atau Persijilan Minyak Sawit Mampan.

Apa yang perlu diberi perhatian tentang kaedah Mampan? 
Gambar 1 : Tiga Elemen Dalam Kaedah Mampan

Kenapa dengan tiga elemen ini?
1-People (Manusia)= iaitu kita, keluarga kita, pekerja kita, orang kampung kita atau sesiapa berada berhampiran dengan kita.

2-Planet (Alam Sekitar) = Sudah pastinya setiap apa yang kita buat, kita perlu memastikan alam sekitar kita terpelihara. ini kerana, pencemaran memberi kesan kepada semua hidupan bukan sahaja kepada kawasan kita bahkan seluruh dunia.

3-Profit (Keuntungan) = Apabila kita berniaga, pastinya yang kita harapkan adalah keuntungan. Bagaimana kita tahu kita untung atau rugi? semuanya tercatat dengan adanya susunan maklumat yang betul dan terurus.


Semua pihak perlu sedia maklum bahawa pelaksanaan pensijilan MSPO secara MANDATORI menjelang 31 DISEMBER 2019 oleh industri sawit Malaysia. 

Sebenarnya apa tujuan Kerajaan 'Mencipta' MSPO ni ?. MSPO bertujuan untuk: 

1. Memenuhi matlamat negara ke arah penghasilan produk sawit mampan; 

2. Memenuhi permintaan pasaran antarabangsa yang berkehendakkan produk sawit mampan; 

3. Memastikan penerimaan minyak sawit Malaysia oleh pasaran global. 

Bagi Pekebun Kecil Persendirian berminat untuk menyertai skim pensijilan MSPO yang dikendalikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), sila muaturun borang yang disediakan oleh pihak MPOB atau boleh dimuat turun di SINI


Apakah Prosedur untuk mendapatkan Persijilan MSPO bagi Pekebun Kecil 

Rujuk Gambar 2. 



Gambar 2 : Prosecur Persijilan MSPO Bagi Pekebun Kecil

Jadi apa tunggu lagi, Muat Turun Borang Permohonan di SINI sekiranya belum membuat permohonan. Atau, boleh datang ke PPOM. Kami akan cetakkan borang permohonan MSPO untuk anda.


Tujuh Prinsip MSPO yang perlu anda tahu


Gambar 3 : Tujuh Prinsip MSPO


Jadi habis kita cerita sikit pasal MSPO, ada yang tanya, "apa kebaikan atau faedah kita dapat dengan adanya MSPO?. Macam banyak buang duit saja., kami ni sudahlah pendapatan kecil, buang duit lagi urus MSPO". Biasakan kita dengar Pekebun Kecil mengeluh begitu?. Ya, awalnya nampak macam tu. Tapi percayalah, lepas mereka mulai ikut kursus MSPO yang diberikan oleh pihak MPOB, mereka akan dapat memandang 10 faedah Persijilan MSPO.

Apa faedah dengan adanya MSPO terutamanya kepada Pekebun Kecil ?

1. Hasil Buah Tandan Segar (BTS) akan meningkat kerana diuruskan dengan cekap.

2. Bila hasil meningkat,  pendapatan akan meningkat.

3. Penghasilan berterusan BTS berada pada tahap maksima 

4. Peluang pemasaran BTS mampan lebih luas dengan kualiti terbaik.

5. Hak Pekebun Kecil Lebih Terjamin 

6. Akses kepada Pinjaman atau Modal Pelaburan daripada Pihak Bank 

7. Persekitaran lebih sihat untuk generasi akan datang 

8. Pekebun Kecil mempunyai rekod pengurusan ladang yang menyeluruh.

9. Meminimakan penyalahgunaan Lesen MPOB dan kecurian BTS 

10. Keyakinan dan Kepuasan Pihak Berkepentingan (Stakeholders)


Mari Bersama PPOM Ke Arah Persijilan MSPO

Langkah Awal PPOM ke arah Persijilan MSPO



Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah satu standard yang perlu dicapai oleh semua pengusaha Kilang Sawit dan Pengusaha tanaman kelapa sawit. Ini adalah bagi memudahkan pengurusan penanaman kelapa sawit melalui amalan pertanian dan pengurusan yang terbaik sekaligus menjadikan minyak kelapa sawit Malaysia sebagai pilihan utama di peringkat antarabangsa. 

MSPO juga adalah satu usaha dalam mendepani cabaran blok Eropah yang sedang memboikot Kelapa Sawit dari Asia terutamanya dari Malaysia. Melalui MSPO, penanam dan pengusaha kilang kelapa sawit akan lebih mesra alam dan mampu mengurangkan kemusnahan hutan. 

Untuk mematuhi syarat Persijilan ini, Kilang Sawit Pitas (PPOM) telah melaksanakan pelbagai usaha dan aktiviti sebagai komitmen menjaga persekitaran dan mengurangkan kesan daripada aktiviti perkilangan. Antaranya adalah : 


1. ESP (Electrostatic precipitators). ESP ini berfungsi untuk memerangkap debu hasil proses pembakaran dengan menggunakan aliran elektrik. ESP akan mengurangkan pelepasan asap bersama partikel-partikel yang mencemarkan di udara. 

2. Bomba – PPOM telah berjaya mendapatkan sijil Fire Alarm System. Fire Alarm System ini dapat meningkatkan aspek keselamatan Kilang ketika berlaku kejadian kebakaran yang tidak diingini. 

Fibre dan Empty Bunch telah menjadi pasaran baru dalam industri Kelapa sawit. Malaysia telah menghantar fibre kelapa sawit menggantikan pelepah kelapa dalam pembuatan kusyen dan tilam di China. Manakala negara Jepun sedang membangunkan teknologi Biomass menggantikan tenaga nuklear. PPOM berhasrat untuk mengembangkan potensi industri hiliran Kelapa Sawit tersebut bagi mengurangkan pencemaran alam seterusnya meningkatkan kebolehpasaran Kelapa Sawit di peringkat antarabangsa.

Khamis, 16 Mei 2019

ANAK SYARIKAT NGIN KONG GROUP OF COMPANIES


Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat daripada Ngin Kong Group Of Companies. Syarikat ini adalah merupakan syarikat yang diasaskan oleh Datuk Loo Ngin Kong.


Ngin Kong Group Of Companies, telah memulakan kilang pertamanya pada tahun 2005 bertempat di Daerah Beaufort, Sabah, dengan nama kilang Beaufort Palm Oil Mill Sdn Bhd


Manakala Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd S dibina 5 tahun selepas Beaufort Palm Oil Mill Sdn Bhd  beroperasi dan mula beroperasi pada 2010



Kilang ini terkenal dengan panoramanya yang menarik kerana menjadi satu-satunya kilang di Daerah Pitas yang dibina di atas Bukit. Sekiranya pelawat datang ke sini, ramai yang terpukau melihat panorama laut yang sangat menenangkan.

Pitas Palm Oil MillSdn Bhd merupakan salah satu kilang anak syarikat Ngin Kong Group Sdn Bhd yang berjaya mengekalkan prestasi yang terbaik. Kini, Pitas Palm Oil Mill dalam usaha mencapai hasratnya mencapai Persijilan MSPO dengan laluan yang cukup Positif. Berikut adalah beberapa bahagian stesen yang terdapat di Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd















Terkini, kilang ketiga telah berjaya didirikan dan mula beroperasi pada 8 April 2019 iaitu Sungai Sugut Palm Oil Mill Sdn Bhd.







Kejayaan Ngin Kong Group Of Companies dalam meluaskan jaringan perniagaan tidak hanya terhad kepada pemprosesan Minyak Mentah, CPO sebaliknya menjadikan bahan buangan hasil daripada sawit kepada hasil yang bernilai iaitu menubuhkan anak syarikat memproses tandan kosong kepada Long Fibre yang diberikan nama, yang terletak berdekatan dengan Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd.

Gambar di bawah merupakan gambaran keadaan Pitas Natural Fibre Sdn Bhd




Bagi memastikan Alam Sekitar terjamin kesejahteraannya dan memanfaatkan gas-gas yang mungkin menyumbang kepada pencemaran udara, Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd telah berjaya membina Pitas Biogas Plant. Pembinaan ini bukan sahaja memberi kepentingan terhadap alam sekitar, tetapi juga telah berjaya menghasilkan tenaga Elektrik yang lebih mesra alam dan menjimatkan kos operasi Syarikat.