Jumaat, 17 Mei 2019

Langkah Awal PPOM ke arah Persijilan MSPO



Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah satu standard yang perlu dicapai oleh semua pengusaha Kilang Sawit dan Pengusaha tanaman kelapa sawit. Ini adalah bagi memudahkan pengurusan penanaman kelapa sawit melalui amalan pertanian dan pengurusan yang terbaik sekaligus menjadikan minyak kelapa sawit Malaysia sebagai pilihan utama di peringkat antarabangsa. 

MSPO juga adalah satu usaha dalam mendepani cabaran blok Eropah yang sedang memboikot Kelapa Sawit dari Asia terutamanya dari Malaysia. Melalui MSPO, penanam dan pengusaha kilang kelapa sawit akan lebih mesra alam dan mampu mengurangkan kemusnahan hutan. 

Untuk mematuhi syarat Persijilan ini, Kilang Sawit Pitas (PPOM) telah melaksanakan pelbagai usaha dan aktiviti sebagai komitmen menjaga persekitaran dan mengurangkan kesan daripada aktiviti perkilangan. Antaranya adalah : 


1. ESP (Electrostatic precipitators). ESP ini berfungsi untuk memerangkap debu hasil proses pembakaran dengan menggunakan aliran elektrik. ESP akan mengurangkan pelepasan asap bersama partikel-partikel yang mencemarkan di udara. 

2. Bomba – PPOM telah berjaya mendapatkan sijil Fire Alarm System. Fire Alarm System ini dapat meningkatkan aspek keselamatan Kilang ketika berlaku kejadian kebakaran yang tidak diingini. 

Fibre dan Empty Bunch telah menjadi pasaran baru dalam industri Kelapa sawit. Malaysia telah menghantar fibre kelapa sawit menggantikan pelepah kelapa dalam pembuatan kusyen dan tilam di China. Manakala negara Jepun sedang membangunkan teknologi Biomass menggantikan tenaga nuklear. PPOM berhasrat untuk mengembangkan potensi industri hiliran Kelapa Sawit tersebut bagi mengurangkan pencemaran alam seterusnya meningkatkan kebolehpasaran Kelapa Sawit di peringkat antarabangsa.

Share this

0 Comment to "Langkah Awal PPOM ke arah Persijilan MSPO"

Catat Ulasan