Khamis, 20 Januari 2022

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR: 3R DAN ZERO BURNING

 Nama Program    : Kempen Kesedaran Alam Sekitar 3R dan Zero Burning

Tarikh & Masa     : 19 January 2022 (9.30 Pagi)

Lokasi                  : Tapak Berkumpul Briefing Pagi ( Pondok Pengawal 2)

Peserta                 : Warga PPOM dan Estate


Apa Itu 3 R?

3 R adalah singkatan dari 3 perkataan bahasa inggeris iaitu Reduce, Reuse dan Recycle.

Reduce yang bermaksud Mengurangkan, merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang. Contohnya, di pejabat, kami menggunakan sampul terpakai untuk menghantar dokumen ke Ibu pejabat atau cawangan syarikat kami yang lain. Kami juga tidak mencetak dokumen yang memerlukan kertas yang banyak dan hanya menghantar melalui emel.

Reuse bermaksud Menggunakan semula.  Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali, dan dengan berbuat demikian penjanaan sisa dan pembuagannya dapat dikurangkan. Contohnya membeli botol air yang boleh diisi semula dan bekas makanan yang boleh digunakan semua bagi mengelakkan Botol Plastik dan Bekas Makanan Polisterin yang banyak.

Recycle bermaksud Kitar Semula). Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran yang berterusan.


Semua Warga PPOM – Kilang dan Estet, perlu diberi pendedahan mengenai Zero Burning atau ‘Pembakaran Sifar’. Program kami adalah meliputi Polisi Pembakaran Sifar berdasarkan Undang-undang Malaysia (Akta A1102 / Akta Kualiti Alam Sekitar 2001).


SEKSYEN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974

29A -Larangan atas pembakaran terbuka

29A(1) – Tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis 

29A(2) – Denda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka

Kaedah pembersihan kawasan tanaman sawit yang disyorkan kini adalah secara pembakaran sifar di mana pokok ditumbang, dicincang dan seterusnya dilonggokkan dalam barisan sehingga reput. Kaedah ini terbukti lebih berkesan dan mesra alam berbanding kaedah pembakaran dan tanaman bawahan. Kebaikan kaedah pembakaran sifar adalah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara disebabkan pembebasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida kesan dari kaedah pembakaran. Selain itu,  Biojisim yang ditinggalkan boleh memperbaiki struktur tanah dan menjadi sumber nutrien.

Dengan adanya gabungan Kempen 3R dan Zero Burning, warga PPOM didedahkan bagaimana menguruskan sisa buangan dengan baik bagi mengelakkan pembakaran terbuka dibuat. Kaedah pengurusan yang tepat akan dapat mengelakkan pembakaran terbuka.

Diakhir program tersebut, cara menggunakan peralatan melawan pembakaran juga diajar kepada beberapa orang pekerja yang dipilih secara rawak.


Gambar Sekitar Program Tersebut.
































PUSAT TIMBANGAN BARU

 Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Pitas.


Berita baik kepada semua Pekebun Kecil dan Estet yang berdekatan, Ngin Kong Group Of Companies Sdn Bhd (NKG) telah membuka beberapa timbangan baru untuk memudahkan semua Pekebun Kecil dan Estet untuk menghantar Buah Tandan Segar (BTS) mereka. Setelah beberapa penilitian dan analisis pasaran, memandangkan Daerah Pitas yang berkeluasan 141,935 Hektar dan hanya mempunyai satu kilang pemprosesan Kelapa Sawit  iaitu Pitas Palm Oil Mill Sdn Bhd yang terletak di Batu 2, Kg. Mempakad, beberapa Pekebun kecil dan Estate dari kampung-kampung yang terletak jauh daripada kilang mengalami kesukaran untuk menghantar BTS mereka.

Pihak Pengurusan Tertinggi NKG-PPOM memandang perkara ini sebagai satu cabaran untuk memajukan industri sawit di daerah pitas dengan berusaha memberikan kemudahan terbaik kepada para pekebun kecil dan estate.

Berikut adalah timbangan Baru NKG yang telah beroperasi di kawasan anda.


1- Pandan Cemerlang Sdn Bhd.

Lokasi : Kampung Mandamai Bai, Pitas.

Tarikh Mula Beropersi : 01 Oktober 2021







2-Kalibongan Jaya Sdn Bhd.

Lokasi : Kampung Pias Kanibongan, Pitas.

Tarikh Mula Beroperasi : 16 November 2021





3- Beijing Resources Sdn Bhd

Lokasi : Kampung Tandahawon, Jalan Marak Parak 

Tarikh Mula Beroperasi : 01.12.2021 (Bangunan lama yang diambil alih semula oleh NKG-PPOM)






Pihak NKG-PPOM akan berusaha membina lebih banyak timbangan baru yang pastinya akan menawarkan HARGA BELIAN TERBAIK kepada anda semua.